Mengukuhkan Usahawan Kecil Melalui Pengurusan Kewangan

Liabiliti Semasa

Sesuatu aset itu dikelaskan sebagai Liabiliti  Semasa apabila;

  • Liabiliti itu akan diselesaikan,  dalam keadaan operasi normal perniagaan;
  • Liabiliti itu dipegang bagi tujuan perdagangan;
  • Liabiliti  itu akan diselesaikan dalam masa 12 bulan selepas tarikh akhir tempoh laporan; atau
  • Perniagaan tidak mempunyai hak pada akhir tempoh laporan untuk menangguhkan penyelesaian liabiliti untuk sekurang-kurangnya 12 bulan selepas tempoh laporan.

Contoh Liabilti Semasa:

  • Pemiutang Dagangan
  • Pemiutang Lain-lain
  • Bil-bil tertunggak